Sebelum iOS 5 keluar yang dijangka turut memberi upgrade kepada LockScreen iPhone, boleh la aku memberi sedikit review aplikasi Cydia berkaitan LockScreen yang diberi nama SlideAway. Sekurang-kurang tweak ini boleh dijadikan history untuk bakal pengguna iOS 5 nanti dan setidak-tidaknya mengurangkan kepahitan bagi kawan-kawan idevice yang tidak menggunakan A4.
Secara ringkasnya SlideAway adalah tweak yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan dengan application dan notification di LockScreen iPhone mereka. Tweak ini boleh dimuat turun secara percuma di bawah source http://repo.insanelyi.com. Sesudah proses installation, settings SlideAway akan muncul di Settings iPhone di mana pengguna boleh mengubahsuai mengikut keperluan.
Jikalau kita lihat gambar di atas, SlideAway mempunyai beberapa menu untuk pengubahsuaian. Menu pertama adalah untuk Enablekan tweak ini. Dengan kata lain, ia mudah untuk di ON dan Offkan. Menu kedua Choose Theme adalah pemilihan theme yang dikehendaki. Buat masa ini hanya ada 1 theme sahaja yang ditawarkan. Mungkin theme lain akan ditambah oleh developer di dalam Cydia nanti.
Menu yang ketiga adalah Notifications. Di dalam menu ini pengguna boleh membuat pilihan samada ingin notifikasi dipamerkan di LockScreen ataupun tidak. Sekiranya function ini di On, segala notifikasi daripada aplikasi seperti emel, message, facebook dan sebagainya akan dipamerkan di LockScreen.
Menu yang ke empat iaitu Slide Up Dock adalah yang paling penting sekali. Apps in Dock adalah pemilihan bilangan app yang dikehendaki di LockScreen di bawah Custom Dock. Sekiranya pengguna memilih lima apps, maka lima app ini akan muncul di LockScreen iPhone apabila Bar di SlideAway ke atas. App yang dikehendaki boleh dipilih mengikut keperluan pengguna. Bar untuk menukar kecerahan iPhone juga berada di sini.
Menu seterusnya iaitu bar adalah pemilihan 2 app utama yang akan sentiasa dipaparkan di LockScreen seperti gambar di atas. Icon kiri merupakan safari dan kanan merupakan mail. Kedua dua icon ini boleh diubah mengikut keutamaan pengguna. Menu yang terakhir iaitu Animations adalah menu untuk animasi pergerakan SlideAway bagi baru dan popup aplikasi yang dipilih.
Perkara yang harus tidak dilupakan ialah untuk kembali ke HomeScreen iPhone anda. SlideAway tidak menyediakan Slide To Unlock iaitu slide dari kiri ke kanan sebaliknya pengguna harus slide bar yang disediakan ke arah bawah. Berikut adalah video untuk menerangkan fungsi SlideAway dengan lebih jelas.
Sudahkah anda menggunakan tweak SlideAway ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.