GrayScaleIcons adalah sebuah tweak Cydia yang memberi perubahan kepada icon anda dengan memberi icon dalam warna GrayScale. Tweak ini mungkin akan digemari oleh para photographer yang beranggapan sesetengah gambar hitam putih adalah satu kesenian (#LOL). Tweak ini boleh dimuat turun secara percuma di source BigBoss dan ia tidak memberi sebarang icon mahupun menu pada Settings iPhone anda. Background, badges pada icon dan lain-lain fungsi iPhone tidak berada dalam warna GrayScale.
Berikut adalah screenshot bagi tweak ini.
Sudahkah anda menggunakan tweak GrayScaleIcons ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
Custom Lock merupakan satu lagi tweak ringkas yang membolehkan anda untuk menukar default clock kepada text pilihan anda di LockScreen di iPhone. Custom Lock boleh dimuat turn secara percuma di source utama Cydia, BigBoss. Sesudah installation, menu Custom Lock akan wujud di Settings iPhone. Anda boleh menukar text pilihan anda di bahagian Clock dan tulisan kecil di bawahnya. Anda juga boleh memilih warna pilihan anda untuk text-text tersebut.
Berikut adalah screenshot penggunaan tweak ini.
Sudahkah anda menggunakan tweak Custom Lock ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
Orbit merupakan sebuah Cydia App yang memberi peluang kepada anda untuk merasai Expose di iPhone sebagaimana anda menggunakannya di Mac OS X. Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah itu Expose, ia merupakan feature yang terdapat di Mac OS X di mana anda boleh membuat beberapa Desktop dan meletakkan beberapa running application di Desktop pilihan bagi memudahkan anda manage aplikasi-aplikasi tersebut dengan sistematik.
Screenshot berikut adalah Expose yang digunakan di Mac OS X.
Ok, kembali semula kepada Orbit. Ia akan memberi sebuah icon di SpringBoard iPhone anda setelah proses installation yang berfungsi untuk mengaktifkan aplikasi ini. Apabila Orbit ini diaktifkan, anda akan dapat melihat semua page di iPhone anda bersama dengan page Spotlight ala-ala Expose yang terdapat di Mac OS X. Pasti sukar untuk mengaktifkan Orbit ini jikalau setiap kali mahu mengaktifkan, anda terpaksa menekan icon tersebut bukan? Di sinilah Activator memainkan peranan. Anda boleh set Orbit untuk diaktifkan dengan cara pilihan anda di Activator di bawah menu AnyWhere. Saya menggunakan pengaktifan Swipe Down iaitu menarik jari dari bahagian Clock iPhone ke SpringBoard.
Berikut adalah screenshot bagi aplikasi Orbit ini.
Sudahkah anda menggunakan aplikasi Cydia Orbit ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
Homescreen Settings merupakan tweak Cydia yang memboleh anda membuat shortcut di Homescreen iPhone bagi Settings yang dikehendaki. Settings yang ditambah akan memberikan icon baru di HomeScreen iPhone bagi membolehkan anda terus access Settings tersebut sebagaimana anda meletakkan bookmark daripada Safari. Tweak ini bukan sahaja membenarkan anda meletakkan shortcut untuk Settings seperti Wallpaper, Sounds, Personal Hotspot dan sebagainya tetapi turut membenarkan anda untuk meletakkan settings Cydia app seperti Barrel dengan mudah. Berikut adalah screenshot bagi tweak ini.
Sudahkah anda menggunakan tweak HomeScreen Settings ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
CameraLock merupakan sebuah lagi
tweak Cydia yang menambah
shortcut di LockScreen anda dengan penambahan fungsi camera. Ya, jikalau anda perasan, ia merupakan
feature yang terdapat pada iOS 5 yang akan dapat kita semua gunakan pada bulan 7 nanti. Seperti FlashLock,
tweak ini dapat dimuat turun secara percuma di bawah source http://filippobiga.me/repo.
Sesudah
installation, CameraLock perlu diaktifkan di Setting iPhone anda. Anda akan diberi beberapa menu settings bagi tweak ini. Always Show Button adalah untuk ON fungsi ini di LockScreen anda. Selain itu anda boleh menukar camera app dan camera mode untuk berada di LockScreen anda.
Berikut adalah screenshot CameraLock ini.
Sudahkah anda menggunakan tweak CameraLock ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
SlideTime merupakan sebuah lagi tweak Cydia yang mengubahsuai perkataan pada slider di LockScreen iPhone anda kepada masa atau jam. Ia boleh dimuat turun secara percuma di bawah source asas Cydia iaitu BigBoss. SlideTime tidak memberi icon baru mahupun menu settings di iPhone. Sesudah proses installation, perkataan Slide to Unlock akan berubah kepada masa atau jam di Iphone.
Sudahkah anda menggunakan tweak SlideTime ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
LockAlert merupakan tweak Cydia yang ringkas yang berfungsi untuk menutup sebarang notification di LockScreen iPhone anda. Ia boleh dimuat turun secara percuma di source asas Cydia iaitu Modmyi.com. Setelah memuat turun, LockAlert boleh di ON/OFF di bahagian Settings iPhone anda. Berikut adalah screenshot bagi tweak LockAlert.
Tanpa AlertLock
Dengan LockAlert
Sudahkah anda menggunakan tweak LockAlert ini? Kongsikan pendapat anda di bawh.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
FlashLock merupakan tweak Cydia yang memberi shortcut kepada anda untuk On/Off flash atau lampu camera di LockScreen iPhone. Dengan adanya tweak ini, boleh dikatakan anda tidak perlu lagi untuk memuat turun aplikasi flash yang berada di pasaran App Store.
FlashLock boleh dimuat turun secara percuma di bawah source http://filippobiga.me/repo. Setelah memuat turun, FlashLock akan memberi menu di bahagian Settings iPhone. Always Show Button adalah untuk mengaktifkan FlashLock di LockScreen iPhone. Menu Turn Off on Unlock adalah menu untuk memadamkan flash apabila anda unlock iPhone ke SpringBoard manakala menu Hide Slider Label adalah untuk tidak memaparkan perkataan Unlock di slider LockScreen iPhone. Terima kasih diucapkan kepada @SebastienPage yang bekerjasama dengan developer untuk menghasilkan tweak ini.
Sudahkah anda menggunakan tweak FlashLock ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
MultiSlide merupakan Cydia tweak yang menarik di mana anda boleh customize LockScreen anda sebagai shortcut untuk pergi membuka program pilihan. Ia boleh dimuat turun secara percuma di bawah source BigBoss. Settings MultiSlide akan wujud di bahagian Setting iPhone setelah proses installation. Di Settings tersebut, anda boleh set program pilihan bagi bilangan slide dari satu hingga ke lima. Slide dikira dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri secara berterusan. Slide kiri ke kanan pertama adalah untuk unlock iPhone seperti biasa tetapi sekiranya pengguna meneruskan slide ke kiri semula, barulah kiraan Slide One itu dikira dan begitu pula untuk slide yang seterusnya.
Screenshot berikut adalah untuk memberi anda gambaran fungsi dan cara tweak ini beroperasi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda sendiri harus mencubanya. Anda cuba, anda dapat.
Sudahkah anda menggunakan tweak MultiSlide ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
Bagi mereka yang mengetahui #tweakweek sudah pasti akan mengetahui kepentingan untuk mempunyai source daripada Ryan Petrich iaitu http://rpetri.ch/repo. SpotURL merupakan tweak Cydia daripada source tersebut yang membolehkan pengguna menggunakan Spotlight mereka dengan memasukkan url website yang ingin dilayari secara terus sebagaimana memasukkannya di bahagian address Safari iPhone. SpotURL akan terus membuka Safari ke webpage seperti alamat laman web yang telah ditaipkan itu. Ia merupakan shortcut yang harus dimiliki oleh para pelayar internet yang sudah jailbreak iPhone mereka.
Berikut adalah screenshot bagi tweak tersebut.
Sudahkah anda menggunakan tweak SpotURL ini? Bagaimanakah ia membantu anda dalam melayari internet? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
QuickGoogle merupakan sebuah tweak ringkas Cydia yang membolehkan anda mengaktifkan carian google di Activator iPhone di mana boleh membuat pilihan pengaktifan. Tweak ini boleh dimuat turun secara percuma di source utama Cydia, BigBoss. Tweak ini tidak memberi sebarang penambahan icon baru mahupun settings baru.
Bagi memilih cara pengaktifan anda perlu pergi ke Activator di Settings iPhone anda di dalam pilihan Anywhere. Seterusnya anda boleh la memilih cara pengaktifan. Sekiranya motion shake dipilih, QuickGoogle akan dilancarkan sebaik sahaja iPhone digoncangkan. Berikut adalah screenshot bagi tweak ini.
Sudahkah anda menggunakan tweak QuickGoogle ini? Beri pendapat anda di bawah.
-Posted using BlogPress from my iPhone-
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review
AnyRing merupakan sebuah Cydia App yang memberi anda kebebasan untuk menukar tones pada ringtones iPhone anda, message tones dan juga email sound. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara berbayar di source BigBoss dengan harga USD3.99 atau boleh muat turun versi cracked di source SinfuliPhone.
Setelah proses installation, sebuah icon baru akan muncul di SpringBoard anda. Di paparan utama AnyRing, anda akan diberi menu untuk menukar tones 3 item yang telah diberitahu seperti di atas. Sekiranya anda ingin membuat SMS Sound, anda perlu tap icon yang telah disediakan. Anda akan diberi pilihan untuk memilih source lagu anda.
Sekiranya anda memilih source dari library iPod anda, anda akan diberi paparan lagu-lagu dalam iPhone anda itu. Apabila satu lagu dipilih, anda akan diberi paparan untuk edit duration atau masa bagi tones tersebut. Terdapat 2 bar di bahagian duration lagu tersebut untuk anda mengubahsuai masa bagi lagu tersebut dengan cara menarik icon-icon tersebut kepada saat yang dikehendaki. Sekiranya anda tap bar tersebut 2 kali, anda akan diberi paparan masa untuk dipilih dengan lebih mudah. Sesudah selesai, anda hanya perlu tap bar Done di bahagian atas dan tones anda siap untuk digunakan.
Anda boleh double tap pada icon tones yang telah di tick hijau untuk unset lagu tersebut sekiranya anda tidak lagi mahu lagu itu menjadi tones anda.
Sekiranya anda memilih YouTube sebagai source lagu anda, anda akan diberi paparan menu untuk search video pilihan anda. Video yang dipilih akan dimuat turun music atau tonesnya dan anda seterusnya akan diberi paparan edit duration lagu seperti yang telah dibincangkan di atas.
Jikalau anda seorang yang alert, anda pasti akan perasan terdapat tab contact di bahagian bawah screen awal AnyRing. Tab itu adalah menu untuk menukar Ringtones dan SMS Tones bagi setiap contact anda.
AnyRing juga menyediakan kemudahan untuk menghantar tones yang anda telah buat secara Bluetooth kepada iPhone yang berada dalam
mode Received Ringtones. Sudahkah anda menggunakan aplikasi Cydia AnyRing ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Posted in
Cydia Application,
ICT,
iPhone,
Review