Apa yang Whatsapp perlukan hanya internet connection samada melalui sambungan 3G ataupon wifi. Whatsapp menyokong hampir kesemua smartphone di pasaran seperti iPhone, android phone, Blackberry, Nokia dan lain-lain. Tidak seperti BBM pada Blackberry yang hanya menyokong sesama sendiri, Whatsapp membolehkan kesemua smartphone berintegarasi antara satu sama lain.
Bagi pengguna iPhone, whatsapp boleh di'download' di AppStore dengan harga USD0.99 sahaja. Sudah pasti, para jailbreaker boleh mendapatkan secara percuma di installous. Whatsapp secara automatik akan 'add' rakan-rakan di dalam 'contact number' phone kita yang menggunakan Whatsapp di tab Favorites. Kita juga boleh mengiklan atau meminta rakan-rakan yang lain yang tidak lagi menggunakan Whatsapp untuk mendapatkannya.
Di tab Status, kita boleh memberitahu rakan-rakan kita keadaan diri kita ketika itu samada sedang memandu, di dalam meeting atau apa-apa status yang kita kehendaki. Dengan ini, rakan-rakan yang ingin menghantar msg kepada kita sedikit sebanyak boleh mengetahui keadaan kita pada ketika itu jika kita tidak membalas msg mereka.
Di iPhone, interface chat adalah sebijik seperti di interface SMS. Kita boleh chat secara peribadi bersama rakan mahupun chat secara berkumpulan. Maximum bagi chat berkumpulan adalah seramai 5 orang. Secara keseluruhan, application Whatsapp ini adalah application yang paling berbaloi untuk dimiliki.
Update terbaru DI SINI
Adakah anda pengguna Whatsapp? kongsi pengalaman anda di bawah.
July 6, 2012 at 3:41 PM
iphone 3gs boleh install whatsapp dekat appstore secara free ker??