[Tutorial] Facebook: Next line pada status dan tag nama member pada komen status/gambar

Ok.. Kali ni just nak citer pasal Facebook.. Semua perasankan, kalau kita nak komen gambar rakan-rakan or status mereka, tak perlu macam dulu lagi iaitu menekan button post.. Hanya perlu menekan enter dan terus sahaja komen kita dipostkan.

Jadi, bagaimana kita nak komen line by line macam dulu (nak next line)? Caranya mudah sahaja iaitu kita hanya perlu menekan button shift dan enter serentak (shift+enter).. Mudah bukan?


Lagi satu, sebelum ini semua sudah maklum, kita boleh tag member kita pada status dan gambar2 kita bukan? Dan jumlah tag maksimum pada status adalah 6 bukan? Kini kita boleh tag kawan2 kita pada komen status atau komen pada gambar. Caranya sama seperti tag member pada status iaitu dengan menambah @ dan pilih rakan yang ingin ditag dalam komen tersebut. So kalau kita nak tag kawan2 lebih pada 6 org pada status kita, kita boleh menambah 6 lagi member pada komen di status tersebut.


Anda sudah mencuba? Sila kongsikan pendapat anda di bawah.

0 Response to "[Tutorial] Facebook: Next line pada status dan tag nama member pada komen status/gambar"