Pernahkah anda mendengar lagu di radio dan begitu berminat untuk mengetahui apekah tajuk lagu dan penyanyinya? Adakalanya DJ radio tidak memberitahu bukan maklumat-maklumat tersebut? Pernahkah anda berjalan-jalan di gedung membeli belah dan lagu latar yang dipasang di gedung tersebut sangat best dan membuat anda berazam ingin mendownloadnya? Kini masalah anda dapat diselesaikan dengan penggunaan application Soundhound bagi pengguna iPhone.
Application ini akan dapat memberitahu anda siapakah penyanyi, nama lagu, lyric dan link youtube. Caranya adalah dengan hanya dengan single tab serta membiarkan application itu mendengar lagu dari corong radio dan ia akan recognize lagu tersebut dengan membuat sambungan ke internet dan seterusnya memaparkan di iPhone anda. Pastikan application itu dapat mendengar lagu dengan jelas tanpa ada gangguan bunyi lain di sekeliling. Biasanya aku akan menguatkan volume radio dan berhenti daripada bercakap.
Anda pernah menggunakan application ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.
September 14, 2011 at 11:25 AM
info yg berguna sesuai utk sy yg selalu tak tahu tajuk lagu