[Review] Segmen Azli On Air: ICT dan Anda


Segmen Azli On Air: ICT dan Anda ini adalah segmen di Bernama Radio24 (FM 93.9) yang tidak pernah aku lepas setiap hari bekerja. Dalam segmen ini, ia membincangkan perihal ICT yang menyentuh tentang komputer, telefon bimbit, radio dan semua topik yang berkaitan ICT bersama pakar ICT Malaysia En Azli Paat. Untuk pengetahuan semua, En Azli Paat adalah orang yang telah mengasaskan sistem DAPAT di Malaysia.

Kita boleh dengar radio ini pada stesen FM 93.9, mendengar secara audio streaming di web atau mendengar secara mobile streaming di www.radio24.ada.fm. Jadual segmen Azli On Air: ICT dan Anda adalah seperti berikut:
  • Isnin: 7.30am-8.00am (ulangan 7.30pm-8.00pm)
  • Selasa: 7.45am-8.00am (ulangan 7.45pm-8.00pm)
  • Rabu: 7.30am-8.00am (ulangan 7.30pm-8.00pm)
  • Khamis: 7.45am-8.00am (ulangan 7.45pm-8.00pm)
  • Jumaat: 7.30am-8.00am - En Azli di Studio (ulangan 7.30pm-8.00pm)
 

     

Selain mendengar tips daripada En Azli, kita juga boleh bertanyakan soalan yang berkaitan dengan ICT kepada beliau. Soalan boleh ditanya melalui talian telefon pada 03 2692 7939, melalui SMS type [R24][Jarak/Space][Soalan] dan hantar kepada no 32728, melalui facebook Bernama Radio24 atau melalui twitter pada #azlionair atau #spkl. 

Adakah anda pendengar segmen ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] Segmen Azli On Air: ICT dan Anda"