[Review] Auditorium MARDI


Kali ni nak promo sket pasal fasiliti yang terdapat di MARDI. Auditorium MARDI yang terletak di tengah tengah kawasan utama pentadbiran MARDI adalah tempat di mana pegawai dan staff PT menerima amanat dan mendengar syarahan perdana serta ceramah-ceramah berkaitan dengan teknologi mahupun kerohanian. 

Walaupun dari luar ia kelihatan berdesign lama tetapi bahagian dalamnya adalah cantik dan lengkap dengan fasiliti moden. Terdapat 3 screen utama untuk dipancarkan video dan slaid presentation serta memiliki sound system yang lengkap. Kerusi yang disediakan juga selesa dan mempunyai panel di bahagian tepi yang boleh bertindak sebagai meja apabila diperlukan.


Anda boleh ke Foursquare Auditorium MARDI untuk check in sekiranya anda berada di sini. Auditorium MARDI ini juga dikenali sebagai Cold Room MARDI, jadi pastikan anda membawa baju eskimo anda.

Anda pernah datang ke sini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] Auditorium MARDI"