Semasa aku seorang runner sekitar tahun 2005 dahulu, aku sering bertanya tanya kepada diri sendiri ada tak alat yang boleh untuk ketahui jarak larian aku, peta larian dan kalori yang dibakar semasa membuat aktiviti larian? Kini setelah 6 tahun berlalu aku mendapat jawapan yang dicari-cari selama ini dengan penggunaan application Nike+ GPS pada iPhone.
Nike+ GPS adalah sebuah applikasi yang menggunakan GPS bagi mencatatkan jumlah jarak larian pelari berserta dengan catatan kelajuan, masa, kalori yang dibakar dan peta larian di samping berintegerasi dengan ipod pada iphone bagi membolehkan pelari mendengar music semasa berlari. Sebagai permulaan, pelari perlu mendapatkan application ini di AppStore dengan harga USD1.99 dan kemudian mendaftar akaun di Nike+ samada menerusi iphone ataupon di web Nike+. Hanya di web Nike+, pelari boleh link akaun Facebook dan Twitter mereka dengan Nike+ GPS.
Bagi memulakan larian,, pelari akan menekan button Start a new run di tab home dan pilih samada untuk membuat larian basic, larian mengikut masa yang ditetapkan atau larian mengikut jarak yang ditetapkan. Entry ini akan memberi review berkenaan dengan Basic Run. Di Run Setup, pelari boleh memilih list lagu mereka di iPod atau memilih pilihan Shuffle yang akan memaikan lagu secara rawak. Pelari perlu memilih lokasi larian samada di atas treadmill atau pon aktiviti larian luar. Get Cheers Facebook akan memberi bunyi sorakan orang ramai apabila post larian akan di like atau dikomen oleh rakan-rakan di Facebook. Pelari seteruskan akan tekan button continue dan start untuk memulakan larian.

Semasa larian, Nike+ GPS akan memaparkan scrin jarak, kelajuan larian dan masa serta memainkan lagu yang telah dipilih tadi. Powersong boleh ditekan oleh pelari untuk memberi boost kepada pelari memecutkan larian dengan lagu-lagu terpilih yang telah disetkan sebagai powersong di tab settings. Setiap 1 kilometer larian, Nike+ GPS akan memberitahu pelari berserta dengan kelajuan larian semasa di earphone. Dengan ini pelari dapat mengetahui jarak yang telah dilalui beserta kelajuan semasa tanpa perlu melihat scrin iPhone.
Setelah puas berlari, pelari akan menghentikan Nike+ dengan menekan button pause dan End Workout. Nike+ akan membuat syncing dengan nikeplus.com dan membolehkan pelari mengkaji larian mereka nanti.
Sekiranya pelari ada membuat setting autopost di Facebook, paparan posting akan keluar sebaik sahaja larian di tamatkan dan pelari boleh menambah mesej pada post tersebut. Post tersebut akan terus dipaparkan di Facebook untuk dikongsi bersama rakan-rakan Facebook.
Pelari juga boleh tweet larian mereka dan Nike+ akan membuat posting di twitter pada feed line pelari dan di #nikeplus
Pelari boleh untuk tag larian mereka denga icon seperti gambar di bawah. Setelah synchronize, Nike+ akan memaparkan jumlah kesemua larian yang pernah pelari lakukan sebelum ini. Sekiranya pelari ingin melihat larian mereka yang terlalu, mereka boleh lihat di tab history. Di tab settings pula, pelari boleh set samada menginginkan larian mereka mengikut unit lain seperti unit batu dan juga mengubah profail mereka.
Anda pernah menggunakan application ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.