Jailbreak untethered untuk iOS 5.1.1 telah dilancarkan secara langsung pada penutup Hack In The Box Security Conference 2012 yang sedang berlangsung di Amsterdam pada 21-25 Mei 2012. Terima kasih diucapkan kepada gabungan hackerz iaitu @pod2g, @MuscleNerd, @planetbeing, @p0sixninja, @saurik dan rakan-rakan yang telah berjaya menghasilkan kesinambungan exploit 5.0.1 yang lepas yang kini diberi nama Absinthe 2.0.
Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan jailbreak tersebut.
Keperluan:
1. Semua Peranti-i Apple yang boleh menggunakan iOS 5.1.1
Persediaan awal:
1. Menyimpan SHSH blob adalah penting kerana ia membolehkan anda untuk kembali kepada firmware yang sedang anda pakai apabila Apple tidak lagi membenarkan firmware itu digunakan. Ia juga berguna untuk anda restore semula ke firmware tersebut sekiranya proses jailbreak gagal.
2. Muat turun fail TinyUmbrella. Setelah instalasi, buka aplikasi itu.
3. Sambungkan peranti-i anda ke komputer.
4. Klik nama peranti-i A5 anda di ruang "CONNECTED DEVICES" dan klik "save SHSH". Tahniah, anda telah menyimpan SHSH blob anda. Tutup aplikasi TinyUmbrella.
5. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Anda juga dinasihatkan untuk melakukan backup dengan iCloud. Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.
Kaedah jailbreak:
2. Buka fail Absinthe. Sambungkan peranti-i anda dengan kabel USB dan pilih jailbreak.
3. Biarkan Absinthe melakukan kerja-kerja jailbreak. Peranti-i anda akan kelihatan seperti sedang melakukan proses restore.
4. Setelah peranti-i anda on semula, anda akan dapat melihat icon Cydia. Tahniah!!! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i anda.
5. Masuk ke Cydia dan pilih user. Biarkan Cydia memuat turun segala fail dan akan sekali lagi menyebabkan peranti-i anda restart.
6. Masukkan source yang anda kehendaki. Perkara ini telah dibincangkan dalam Tutorial Ini.
P/S: Seelok-eloknya lakukan jailbreak setelah clean restore firmware peranti-i anda. Bagi menghargai hasil usaha kumpulan jailbreak iOS 5.1.1, anda digalakkan untuk memberi derma mengikut kemampuan anda di LINK INI.
Selamat mencuba dan menderma.
May 27, 2012 at 12:15 PM
salam bro..
kena restore dulu ker iphone yg dah di Jailbreak 5.0 tau terus update kat setting iphone tu jer..then JB ngan Absinthe nie?
May 27, 2012 at 12:54 PM
Update via iTunes utk elakkan masalah.. Mesti 5.1.1
May 30, 2012 at 10:43 AM
kalo update guna itunes, apps n tweaks yg kte jailbreak sblm nie mcm maner?
May 30, 2012 at 10:48 AM
App selamat je kalau tak buat clean restore.. Just update n install via iTunes.. Tweak kena reinstall semua..
June 10, 2012 at 9:39 PM
Owshhh pening
June 23, 2012 at 9:40 PM
Assalamualaikum.. Saya newbie lagi dlm Apple ni. Baru-baru ni saya jailbreak iPad saya Absinthe 2.0.4. Segalanya ok hingga saya pindah music dari dlm laptop ke komputer guna iTunes. Lps unplugged ja USB, semua apps dlm iPad ni terus tak boleh access. Kenapa ya?? Boleh ajar cara utk back to normal tak?? Terima kasih..
June 23, 2012 at 9:57 PM
Dah try on n off iPad? Ada pakai intallous? Kalaunada, pastikan katmsettings, on itunes sync..
Kat cydia, bahagian changes tu refresh.. Kalau ada update, sila buat complete update..
Btw,kalau nak kembali asal, buat restore di itunes
June 24, 2012 at 8:19 AM
Berjaya!!! TQ bro..
November 5, 2012 at 7:20 PM
salam bro...
dah lama tak JB ip neh.. my hp IP4 now using ios 4.3... cane nk upgrade ios to 5.1.1.. kalo dulu2 just press shift restore to IPSW file 5.1.1 dlm itune.. skang bila baca tutorial neh dh penin lk.. bule tolong?
November 5, 2012 at 8:59 PM
@NAKARGROUP: Salam. Malang sekali, anda tidak boleh lagi upgrade ke iOS 5.1.1 memandangkan Apple dah tutup selepas pelancaran iOS 6.0.1.
Oleh itu anda sebenarnya ada 2 sahaja option:
1. Stay ke iOS sekarang dan menggunakan jailbreak sedia ada
2. Upgrade ke iOS 6.0.1 tetapi iOS standard tanpa jailbreak. iOS 6 terdapat pelbagai features tetapi belum boleh jailbreak buat masa sekarang.
November 7, 2012 at 8:32 PM
salam bro klo nk rejailbreak semula camne...sya guna ios 5.1.1 ( 9b206 )