[Tutorial] Jailbreak Tethered iOS 5 Dengan RedSnow 0.9.9b7 untuk Mac/Windows


Rasanya telah ramai pengguna peranti-i (iDevice) telah mencuba iOS 5 iaitu OS terbaru yang telah diperkenalkan oleh Apple di mana terdapat lebih daripada 200 ciri-ciri baru yang menyenangkan pengguna. Bagi yang sebelum ini pernah jailbreak peranti-i mereka, pasti merasakan ianya masih tidak lengkap tanpa jailbreak ini. Entri kali ini akan menunjukkan cara untuk jailbreak iOS 5 bagi semua jenis peranti-i. Jailbreak bagi iOS 5 masih tethered iaitu anda harus menyambungkan peranti-i kepada komputer dan melaksanakan semula proses jailbreak untuk memasuki mod tethered setiap kali peranti-i anda perlu reboot atau off. Semua peranti-i yang boleh memakai iOS 5 boleh menggunakan cara ini kecuali iPad 2 dan iPhone 4S.

Keperluan:
1. Peranti-i yang menggunakan iOS 5.0
2. Redsnow 0.9.9b7 (Mac / Windows)

Kaedah jailbreak:
1. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.

2. Muat turun fail Redsnow 0.9.9b7 dan letakkan di dalam satu folder di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Redsnow disediakan di link di atas.

3. Buka fail Redsnow dan pilih jailbreak. Sambung peranti-i anda dengan kabel USB dan matikan peranti-i tersebut. Pilih next.

4. Ikut arahan di screen Redsnow untuk memastikan peranti-i anda memasuki mode DFU. Tekan button Power selama 3 saat. Seterusnya tanpa melepaskan button power, tekan pula button home selama 10 saat. Kemudian, tanpa melepaskan button home, lepaskan button power dan biarkan tekanan pada button home tadi selama 15saat. Redsnow kemudian akan mengekploitasi peranti-i anda dan biarkan sahaja sehingga selesai. Anda akan nampak pelbagai tulisan dan code pada screen peranti-i anda dan akan ada gambar nanas sedang berlari. Tunggu sehingga peranti-i anda restart.


5. Sesudah peranti-i anda restarticon Cydia akan muncul pada homescreen peranti-i anda. Icon Cydia anda akan berwarna putih kerana masih belum memasuki mode tethered. Matikan semula peranti-i anda.

6. Buka semula program Redsnow. Pilih pilihan Extra di Redsnow. Anda akan mendapat paparan screen seperti di ScreenShot berikut. Pilih Just boot.

7. Lakukan semula proses memasuki mode DFU seperti kaedah 4. Peranti-i anda akan restart semula selepas logo nanas yang telah digigit muncul di screen peranti-i anda.


8. Tekan Cydia dan pilih USER. Cydia akan memuat turun pakej-pakej tertentu. Pastikan peranti-i anda mempunyai sambungan internet. Tahniah! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i anda.

9. Sila tambah source-source yang penting seperti di dalam arahan ENTRI INI.


Tips: Ulangi kaedah 6-7 sekiranya peranti-i anda perlu reboot selepas install aplikasi Cydia tertentu.

P/S: Ya, Redsnow terbaru ini tidak memerlukan fail firmware.ipsw seperti sebelum-sebelum ini. Satu pembaruan yang baik bagi Dev-Team. Terima kasih dan syabas kepada mereka.

Update: Dev team telah mengeluarkan RedSnow 0.9.10 beta 5 yang boleh digunakan untuk melakukan jailbreak untethered iOS 5.0.1 untuk semua peranti-i A4.

Redsnow 0.9.10 beta 5 (Mac, Windows)

Lakukan kaedah seperti 1 sehingga 5 dan 8 sehingga 9 dengan menggunakan fail Redsnow 0.9.10 beta 5 seperti link di atas.

Bagi jailbreak untethered untuk iOS 5.0.1 bagi peranti-i A5 (iPhone 4S dan iPad 2), rujuk TUTORIAL INI.

8 Response to "[Tutorial] Jailbreak Tethered iOS 5 Dengan RedSnow 0.9.9b7 untuk Mac/Windows"

  1. AzieYmiN Says:

    bro nak tanya iphone4 boleh support tak ios5. apa kesan klau iphone4 pakai ios5?

  2. bacteria82 Says:

    Boleh je, xde masalah.. Byk kelebihan iOS 5.. Rugi kalau tak upgrade

  3. AzieYmiN Says:

    tapi ade maslah time nak buat nie..bila jailbreak je dia cepat hang.bila hidupkan balik kena jailbreak balik baru dapat buka balik..saya guna readsnow 0.9.9b8.. mcmane tuh..harap2 bro dapat tolong...new user

  4. bacteria82 Says:

    Itulah yg dinamakan tethered jailbreak.. Untethered jailbreak belum keluar.. Sila gugel makna untethered and tethered jailbreak

  5. AzieYmiN Says:

    oke bro...agak2 bila untethered nie kuar.. tQ.. i follow u hihi

  6. AzieYmiN Says:

    bro kalau gua buat jugak kan... gua tak yah off lah hset gua kn2?

  7. bacteria82 Says:

    Yup.. Kalau off hset, ko kena ulang step 6-7.. BTW, juba ko gugel semitether.. Benda ni berguna kalau emergency

  8. AzieYmiN Says:

    bro dah try mmg jadi tapi bila install aplikasi nak main x leh... tapi bila nak buat step 6 7 iphone jadi terpadam n bergetar sendiri... serius takut mcm nak meletup je ...