[Review] WeeFlashlight (Cydia App)


Para pembangun (developer) aplikasi / tweak Cydia banyak menghasilkan aplikasi yang boleh dipadankan dengan ciri terbaru iOS iaitu tidak lain dan tidak bukan Notification Center. WeeFlashlight merupakan salah satu aplikasi Cydia yang memberi fungsi untuk menghidup atau mematikan flashlight atau lampu iPhone di Notification Center. Ia boleh dimuat turun secara percuma di source BigBoss.


Setelah respring iPhone, pengguna harus mengaktifkan tweak ini di Settings > Notification. WeeFlashlight akan muncul di Notification Center pengguna bagi memudahkan penggunaan Flash atau lampu terutama sekali apabila ingin menunaikan solat Isyak di surau pada waktu malam yang gelap gelita.

   

Sudahkah anda menggunakan tweak WeeFlashlight ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

0 Response to "[Review] WeeFlashlight (Cydia App)"