[Story] Trip ke Johor (13/08/2008-15/8/2008)

Sudah agak lama tidak dapat aku coretkan pada blog ini disebabkan terlalu banyak aktiviti yang berlaku bebaru ini (induksi umum, presentation tamat mentoring, persiapan MAHA 2008). Di kesempatan ini aku akan menceritakan serba sedikit perjalanan aku ke Johor Bahru yang berlaku pada 13/8-15/8/2008. Pada pagi Rabu (13/8) lingkungan 8.30am, aku telah dikejutkan dengan kedatangan Dr Hussein ke bilik aku. "Abu Bakr, kita diarahkan untuk ke stesen MARDi Johor Bahru untuk membuat anggaran pampasan bangunan dan peralatan test bed Johor Bahru kerana stesen itu akan ditutup di atas permintaan Kerajaan Negeri Johor bagi membuat projek lebuhraya. Kita bertolak petang ni juga!" Aku yang ketika itu sedang menikmati minuman coffee J41 (nescafe pekat) sedikit tersedak kerana mendengar berita yang tidak disangka dan yang paling tak percaya, petang tu jugak nak pegi. Kelam kabut jugak dibuat. Semasa aku ke pantri membasuh cawan coffee J41 itu, aku sempat mendengar perbualan Dr Hussein yang meminta En Othman Md Top untuk pergi bersama. En Othman yang juga terkejut hanya mengeluarkan perkataan "Ohh!". Dr Hussein yang lucu mendengar perkataan spontan daripada En Othman itu membalas dengan berkata, "Kita barisan hadapan, komando, mana boleh cakap ohh macam itu, kita terus terjun je bile dapat arahan macam ni". Aku hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Bertahun-tahun kerja bersama mungkin menjadi salah satu punca kemesraan mereka.

Dipendekkan cerita, kami (aku, Dr Hussein, En Othman, Hj Ghani) bertolak pada pukul 7pm petang tu dengan menaiki kereta Proton Satria Neo En Othman dan sampai di The Zon Regency Hotel pada pukul 11.30pm. Antara hotel yang agak best pernah aku pegi. Bilik selesa, dengan design bangunan yang agak unik. Hotel ini bersambung dengan shopping complex bebas cukai yang menjual barangan yang tidak dikenakan cukai. Rate hotel itu pon tak la mahal sangat, hanya RM150/night dengan rate Gomen. Insyaallah, kalau aku ke Johor Bahru lagi, hotel The Zon ni akan menjadi pilihan.

Hadapan hotel Pdgn dari Selat Tebrau


Bilik biasa hotel


Ruang dalam antara bilik hotel

Keesokan harinya (14/8), kami ke stesen JB dan terus berbincang dengan pengurus stesen Pn Che Rahani dan staff di sana bagi membuat anggaran pampasan yang boleh dibuat. Kami hanya membuat penilaian berkaitan dengan test bed sahaja manakala yang berkaitan dengan stesen diuruskan oleh Pn Rahani. Setelah meneliti LO2 peralatan, mesin-mesin, pengubahsuaian bangunan yang telah dibuat dan nilai bangunan, hasil daripada calculation yang dibuat, anggaran pampasan yang akan dibuat adalah lebih kurang RM2.3juta sahaja. Hasil perbincangan juga mencadangkan untuk membawa test bed JB itu ke stesen MARDI Pontian yang dirasakan lebih sesuai jika dibandingkan dengan membawanya ke stesen MARDI Kluang. Ini kerana stesen Kluang sudah fokus untuk ternakan disamping ingin memajukan stesen Pontian yang kini kian malap. Selepas makan tgh hari, kami bertolak ke stesen Pontian untuk melihat tapak yang akan dicadangkan bagi test best itu nanti. Sebelum bertolak, sempat juga aku bergambar di hadapan test bed JB untuk kali terakhir.

Di stesen Pontian, kami telah berjumpa beberapa staff di sana dan melihat-lihat bangunan yang sesuai untuk dijadikan tapak test bed dan office untuk staff yang akan datang nanti. Memang kelihatan agak usang bangunan stesen tersebut. Stesen tersebut kini hanya mempunyai staff pengurusan stesen dan beberapa staff unit UBB (Unit Biji Benih). Tak sangka kat sana aku berjumpa dengan En Khairul yang merupakan salah seorang peserta kursus induksi umum yang lalu. Dapat jugak bawak balik beberapa biji benih betik eksotika 2 dan buahnya. Kami pulang pada pukul 4 ptg selepas berpuas hati dengan ukuran bangunan di situ yang memang agak sesuai untuk dijadikan tempat pengganti test bed JB. Mudah-mudahan, pihak atasan setuju dengan cadangan ini yang akan dibawa dalam masa yang terdekat. Malam itu, selepas berehat-rehat, aku mengambil kesempatan untuk bershopping di complex bebas cukai di hotel tersebut. Kasut Polo dan coklat Guylian menjadi pilihan disebabkan harganya yang berpatutan.


Memang terpaksa beli, kasut dah koyak Yummy

Kami pulang keesokan harinya lebih kurang pukul 10am. Kami sempat singgah ke kilang usahawan rempah di Batu Pahat yang ingin mendapat nasihat bagi memajukan produk jualannya. Kami juga sempat singgah ke rumah emak En Othman di Muar untuk mengambil manggis yang sememangnya sedang masak ranum. Satu pengalaman yang menarik outstation bersama pakar-pakar ini. Mereka bukan sahaja tidak lokek belanja aku makan bahkan sudi berkongsi pengalaman dan ilmu mereka kepada aku. Harapan aku adalah agar dapat berpeluang untuk keluar outstation bersama-sama dengan pakar-pakar ini sekali lagi dikemudian hari.

1 Response to "[Story] Trip ke Johor (13/08/2008-15/8/2008)"

  1. hasliza Says:

    Yg best wife dia ni gak, dpt mkn mcm2 hehe. Bestnya dpt mkn coklat, pulasan, manggis, betik... Yummy. Thanks abg. Mmmuahh