Salam sejahtera semua. Sekian lama nampaknya aku menyepi daripada melakar cetusan idea di sini. Mungkin kerana kesibukan bekerja khususnya outstation tanpa henti, memberi servis teknikal kepada usahawan-usahawan industri makanan agensi yang sedang aku berkhidmat. Bebaru ini, aku telah bertugas ke sekitar daerah Johor Bahru dan Batu Pahat dan di sini tergerak aku untuk berkongsi sedikit pengalaman di R&R Pagoh (side Utara-Selatan dan Selatan-Utara).
Sudahkah anda semua singgah di R&R Pagoh yang telah lama ditutup oleh PLUS untuk penambahbaikan? Jikalau ya, sudah pasti anda dapat membayangkan R&R yang cukup dengan pelbagai kemudahan khususnya untuk pemandu-pemandu yang travel bersama keluarga mereka. Syabas diucapkan kepada pihak PLUS yang menyediakan R&R yang berprestij tinggi yang dilengkapi dengan kemudahan serta memiliki landskap yang menyejukkan mata memandang.
Untuk pengetahuan semua, kesemua kedai yang terletak di R&R itu mendapat pengiktirafan gred A daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengiktirafan seumpama itu, adalah penting untuk memperoleh keyakinan para pengguna yang berkunjung ke situ untuk menjamu selera. Dianggarkan setakat ini, jumlah pengunjung yang singgah di R&R Pagoh (arah Utara) sudah mencecah purata 12,000 orang pada hari Sabtu dan Ahad manakala seramai 4,000 pada hari biasa. (sumber kosmo)
Di sini aku sertakan gambar-gambar yang telah aku ambil semasa singgah dikedua-dua R&R tersebut untuk tatapan anda semua. Anda nilaikan sendiri dan jikalau berkesempatan ke selatan, sila-silalah singgah untuk melihat sendiri keadaan di sana.
R&R Pagoh (arah Utara ke Selatan)
Keadaan di dalam surau lelaki
Tandas yang bersih
Kemudahan tempat mandi
R&R Pagoh (arah Selatan ke Utara)
R&R Pagoh Selatan Ke Utara
Gerai-gerai dan ruang makan yang bersih
Eskalator disediakan untuk ke tempat makan
Lanskap di hadapan surau
Ruang di dalam surau lelaki
Kaki lima
Taman permainan untuk kanak-kanak turut disediakan
Lanskap di hadapan tandas
Kemudahan menukar lampin yang lengkap
Kawasan tandas yang berlanskap

December 9, 2009 at 11:41 AM
Laporan tak ingat... mcm siaran majalah tiga siut... PLUS sepatutnya dah lama provide R&R mcm tu untuk kemudahan dan keselesaan pengguna.
P/S: Teringat R&R Tapah, time balik kg aku mesti singgah... Ada satu kedai.. sayur lemak nangka dia.. Pehhh... sedappp giler..
December 9, 2009 at 11:43 AM
Thanks Abu Bakr di atas info yang diberikan... Pasni mesti ramai yang nak singgah R&R Pagoh...
December 23, 2009 at 8:19 AM
nanti saya akan tgk... heheheh
April 3, 2012 at 12:31 AM
i'm stealing your pics for reference. i don't care. thanks