[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 5.0.1 iPhone 4S / iPad 2 dengan Absinthe

Berita terkini! Jailbreak untethered untuk iPhone 4S buat pertama kalinya telah dilepaskan. Terima kasih diucapkan kepada Dream Team iaitu @pod2g, @planetbeing, @saurik, @p0sixninja, @MuscleNerd dan rakan-rakan yang telah berjaya menghasilkan exploit yang diberi nama Absinthe.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan jailbreak tersebut.

Keperluan:
1. Peranti-i A5 (iPhone 4S / iPad 2) yang menggunakan iOS 5.0 / 5.0.1
2. Fail Absinthe v0.3 ( Mac , Windows )
3. TinyUmbrella ( Mac , Windows )

Persediaan awal:
1. Menyimpan SHSH blob adalah penting kerana ia membolehkan anda untuk kembali kepada firmware yang sedang anda pakai apabila Apple tidak lagi membenarkan firmware itu digunakan. Ia juga berguna untuk anda restore semula ke firmware tersebut sekiranya proses jailbreak gagal.

2. Muat turun fail TinyUmbrella. Setelah instalasi, buka aplikasi itu.

3. Sambungkan peranti-i A5 anda ke komputer.

4. Klik nama peranti-i A5 anda di ruang "CONNECTED DEVICES" dan klik "save SHSH". Tahniah, anda telah menyimpan SHSH blob anda. Tutup aplikasi TinyUmbrella.


5. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Anda juga dinasihatkan untuk melakukan backup dengan iCloud. Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.

Kaedah jailbreak:


1. Muat turun file Absinthe dan letakkan di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Absinthe disediakan di link di atas.

2. Buka fail Absinthe. Sambungkan peranti-i A5 anda dengan kabel USB dan pilih jailbreak.

3. Biarkan Absinthe melakukan kerja-kerja jailbreak. Peranti-i A5 anda akan kelihatan seperti sedang melakukan proses restore.

 
4. Setelah selesai, peranti-i A5 anda akan restart. Di homescreen, anda akan dapat melihat icon Absinthe. Tap icon tersebut.

5. Absinthe akan memaparkan website chronic team atau screen putih dan menyebabkan peranti-i A5 anda restart semula. (sekiranya tidak berjaya, cuba tekan semula icon Absinthe sehingga berjaya )

6. Setelah peranti-i A5 anda on semula, anda akan dapat melihat icon Cydia. Tahniah!!! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i A5 anda. 

 

7. Masuk ke Cydia dan pilih user. Biarkan Cydia memuat turun segala fail dan akan sekali lagi menyebabkan peranti-i A5 anda restart.

8. Masukkan source yang anda kehendaki. Perkara ini telah dibincangkan dalam Tutorial Ini.

P/S: Seelok-eloknya lakukan jailbreak setelah clean restore firmware anda terutamanya iPad 2 kerana Absinthe akan mengambil masa yang sangat lama untuk melakukan jailbreak bagi iPad 2 yang sarat dengan aplikasi. Selamat mencuba.