[Story] Laporan Gathering Berbuka Puasa 1430H MARDI MG3

Laporan Gathering Berbuka Puasa 1430H MARDI MG3

Tarikh: 15/09/2009
Lokasi: Wong Solo Bandar Baru Bangi
Masa: 6.30-8.30pm

Kehadiran:

Rajwani & osmate
Syahirah & kawan
Farhana & kawan
Azirah
Abas
Jafni & wife
Abu & wife
Ayie & wife
Zai & 2 org kwnnye (Sharifah Azlina & Mala)
Pi'e
Nora
Kerol
Mariana

Gathering kali ini diadakan sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak iaitu dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama. Gathering kali ini telah dianjurkan oleh RO2 dari pusat TS khususnya Rajwani, Azirah Omar Farhana dan Syahirah. Lokasi berbuka yang menjadi pilihan adalah Wong Solo di Bandar Baru Bangi yang berkonsepkan makanan daripada Indonesia yang mana hidangan utamanya adalah ayam penyet. Lokasi ini sebenarnya telah dicadangkan oleh Sharifah MA, bagaimanapon atas sebab-sebab tertentu beliau tidak dapat menyertai kami.

Sementara menunggu waktu berbuka, kami semua sempat untuk beramas mesra di antara satu sama lain. Gurau senda, usik mengusik dan kutuk mengutuk sememangnya sinonim dengan setiap perjumpaan seperti ini. Dalam berbual-bual itu, sempat juga kami menggossipkan yaseer suhaimi yang tidak datang mungkin kerana menghadiri konferen dan singgah makan di McD bersama tunangnya.

Majlis melantak dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Shafie. Antara menu yang telah dipilih oleh pihak penganjur adalah ayam penyet, ayam bakar, sotong tepung, ikan bawal sweet sour, sup ekor, kangkung goreng, tauhu goreng dan tempe yang dimakan bersama nasi yang menggunakan beras wangi. Masing-masing kelihatan begitu selera dan makan dengan kenyang.

Seperti biasa, dalam setiap gathering, aktiviti bergambar memang tidak pernah dilupakan. Gambar-gambar telah ditangkap oleh jurufoto amatur yang menggunakan camera DSLR Nikon 60 bersama lenz nikkor 18-55mm VR yang dipinjam daripada TPnya (camera pinjam opis la maknanya tu). Gambar-gambar akan disajikan di bawah laporan ini.

Sebelum pulang, kami dapat bersama-sama mengerja solat maghrib berjemaah yang dipimpin oleh saudara Kerol di surau yang disediakan oleh pihak Wong Solo. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengajur di atas usaha mereka yang telah merancang dan menjayakan gathering kali ini. Tidak lupa diucapkan kepada semua yang hadir dan memeriahkan lagi gathering ini. Semoga gathering seperti ini akan diadakan lagi di masa akan datang dengan kehadiran rakan-rakan yang lebih ramai lagi.

Sekian, wassalam