[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 5.1.1 dengan Absinthe 2.0.4 (update)


Jailbreak untethered untuk iOS 5.1.1 telah dilancarkan secara langsung pada penutup Hack In The Box Security Conference 2012 yang sedang berlangsung di Amsterdam pada 21-25 Mei 2012. Terima kasih diucapkan kepada gabungan hackerz iaitu @pod2g, @MuscleNerd, @planetbeing, @p0sixninja, @saurik dan rakan-rakan yang telah berjaya menghasilkan kesinambungan exploit 5.0.1 yang lepas yang kini diberi nama Absinthe 2.0.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan jailbreak tersebut.

Keperluan:
1. Semua Peranti-i Apple yang boleh menggunakan iOS 5.1.1
2. Fail Absinthe v2.0.4 ( Mac , Windows , Linux) - Updated
3. TinyUmbrella ( Mac , Windows )

Persediaan awal:
1. Menyimpan SHSH blob adalah penting kerana ia membolehkan anda untuk kembali kepada firmware yang sedang anda pakai apabila Apple tidak lagi membenarkan firmware itu digunakan. Ia juga berguna untuk anda restore semula ke firmware tersebut sekiranya proses jailbreak gagal.

2. Muat turun fail TinyUmbrella. Setelah instalasi, buka aplikasi itu.

3. Sambungkan peranti-i anda ke komputer.

4. Klik nama peranti-i A5 anda di ruang "CONNECTED DEVICES" dan klik "save SHSH". Tahniah, anda telah menyimpan SHSH blob anda. Tutup aplikasi TinyUmbrella.


5. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Anda juga dinasihatkan untuk melakukan backup dengan iCloud. Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.

Kaedah jailbreak:

1. Muat turun file Absinthe dan letakkan di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Absinthe disediakan di link di atas.



2. Buka fail Absinthe. Sambungkan peranti-i anda dengan kabel USB dan pilih jailbreak.

3. Biarkan Absinthe melakukan kerja-kerja jailbreak. Peranti-i anda akan kelihatan seperti sedang melakukan proses restore.






4. Setelah peranti-i  anda on semula, anda akan dapat melihat icon Cydia. Tahniah!!! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i anda. 


5. Masuk ke Cydia dan pilih user. Biarkan Cydia memuat turun segala fail dan akan sekali lagi menyebabkan peranti-i anda restart.


6. Masukkan source yang anda kehendaki. Perkara ini telah dibincangkan dalam Tutorial Ini.

P/S: Seelok-eloknya lakukan jailbreak setelah clean restore firmware peranti-i anda. Bagi menghargai hasil usaha kumpulan jailbreak iOS 5.1.1, anda digalakkan untuk memberi derma mengikut kemampuan anda di LINK INI.

Selamat mencuba dan menderma.

[Review] Garmin SG/MY untuk iPhone

3:34 PM by Unknown 56 comments
 

Jikalau dahulu apabila kita hendak pergi ke sesuatu tempat yang tidak pernah ditujui sebelum ini, kita memerlukan seorang penunjuk jalan atau seseorang yang boleh mengajar kita cara bagaimana untuk ke lokasi tersebut. Kepandaian membaca peta juga penting sekiranya tiada orang yang boleh mengajar kita.

Kini di zaman yang serba moden ini, kita hanya memerlu peranti GPS yang boleh membawa kita terus ke lokasi yang dikehendaki. Bagi pengguna peranti-i terutamanya iPhone, syarikat Garmin Corporation akhirnya telah mengeluarkan aplikasi GPS versi mudah alihnya untuk peta Singapura dan Malaysia baru-baru ini. Sebelum ini pengguna iOS Malaysia hanya mempunyai pilihan untuk mengguna GPS oleh syarikat PAPAGO!, Sygic dan Waze.

Bagi mereka yang pernah menggunakan peranti GPS daripada Garmin sudah pasti tidak mempunyai masalah untuk menggunakan aplikasi Garmin ini memandangkan paparan pengguna yang diberikan oleh aplikasi ini adalah sama 100% seperti pada perantinya. Garmin memberi paparan yang mudah untuk digunakan oleh pengguna baru. Pengguna hanya perlu menekan perkataan "Where To?" dan seterusnya boleh memilih untuk menaip alamat, pergi ke tempat yang telah di simpan sebelum ini, menaip nama tempat (point of interest) atau memasukan koordinat tempat yang ingin ditujui.

 


Di pilihan menaip nama tempat (point of interest), aplikasi ini menawarkan pelbagai tempat yang mempunyai nama yang telah ditaip dan pengguna hanya perlu memilih tempat yang dikehendaki. Sekiranya pengguna menekan simbol i (information), pengguna boleh memilih pilihan untuk kongsi lokasi tersebut ke Facebook atau SMS kepada rakan. Keadaan cuaca di tempat lokasi tersebut juga diberitahu oleh aplikasi ini.

 

 


 

Arahan pada peta dan suara yang jelas sememangnya membantu pengguna untuk memandu ke lokasi yang ingin ditujui. Sementelah lagi kecantikan Retina Display bagi pengguna iPhone 4/4S meningkat lagi keseronokan menggunakan aplikasi ini tanpa perlu membeli peranti GPS Garmin versi  skrin HD yang mencecah hampir RM1000. 

 

 

Aplikasi Garmin ini menyediakan 4 paparan bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil. Bagi arahan suara, aplikasi ini memberi pilihan Bahasa Inggeris slang American, British dan Mandarin. Diharapkan pada kemaskini akan datang, arahan Bahasa Melayu akan disediakan juga. Pembekal aplikasi ini menjanjikan kemaskini peta sepanjang hidup dengan kekerapan kemaskini 4 kali setahun.

 

Bagi pengguna yang berminat untuk membeli aplikasi ini, mereka boleh memuat turun di App Store Malaysia dengan harga USD19.99 iaitu harga promosi pelancaran sehingga 10 Jun 2012. KLIK SINI untuk terus memuat turun. 

Selamat mencuba.



P/S: Review aplikasi PAPAGO! boleh dibaca DI SINI.

Yang lanun, KLIK SINI, Versi torrent (crack): Klik SINI

[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 5.0.1 iPhone 4S / iPad 2 dengan Absinthe

Berita terkini! Jailbreak untethered untuk iPhone 4S buat pertama kalinya telah dilepaskan. Terima kasih diucapkan kepada Dream Team iaitu @pod2g, @planetbeing, @saurik, @p0sixninja, @MuscleNerd dan rakan-rakan yang telah berjaya menghasilkan exploit yang diberi nama Absinthe.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan jailbreak tersebut.

Keperluan:
1. Peranti-i A5 (iPhone 4S / iPad 2) yang menggunakan iOS 5.0 / 5.0.1
2. Fail Absinthe v0.3 ( Mac , Windows )
3. TinyUmbrella ( Mac , Windows )

Persediaan awal:
1. Menyimpan SHSH blob adalah penting kerana ia membolehkan anda untuk kembali kepada firmware yang sedang anda pakai apabila Apple tidak lagi membenarkan firmware itu digunakan. Ia juga berguna untuk anda restore semula ke firmware tersebut sekiranya proses jailbreak gagal.

2. Muat turun fail TinyUmbrella. Setelah instalasi, buka aplikasi itu.

3. Sambungkan peranti-i A5 anda ke komputer.

4. Klik nama peranti-i A5 anda di ruang "CONNECTED DEVICES" dan klik "save SHSH". Tahniah, anda telah menyimpan SHSH blob anda. Tutup aplikasi TinyUmbrella.


5. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Anda juga dinasihatkan untuk melakukan backup dengan iCloud. Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.

Kaedah jailbreak:


1. Muat turun file Absinthe dan letakkan di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Absinthe disediakan di link di atas.

2. Buka fail Absinthe. Sambungkan peranti-i A5 anda dengan kabel USB dan pilih jailbreak.

3. Biarkan Absinthe melakukan kerja-kerja jailbreak. Peranti-i A5 anda akan kelihatan seperti sedang melakukan proses restore.

 
4. Setelah selesai, peranti-i A5 anda akan restart. Di homescreen, anda akan dapat melihat icon Absinthe. Tap icon tersebut.

5. Absinthe akan memaparkan website chronic team atau screen putih dan menyebabkan peranti-i A5 anda restart semula. (sekiranya tidak berjaya, cuba tekan semula icon Absinthe sehingga berjaya )

6. Setelah peranti-i A5 anda on semula, anda akan dapat melihat icon Cydia. Tahniah!!! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i A5 anda. 

 

7. Masuk ke Cydia dan pilih user. Biarkan Cydia memuat turun segala fail dan akan sekali lagi menyebabkan peranti-i A5 anda restart.

8. Masukkan source yang anda kehendaki. Perkara ini telah dibincangkan dalam Tutorial Ini.

P/S: Seelok-eloknya lakukan jailbreak setelah clean restore firmware anda terutamanya iPad 2 kerana Absinthe akan mengambil masa yang sangat lama untuk melakukan jailbreak bagi iPad 2 yang sarat dengan aplikasi. Selamat mencuba.