Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

[Story] Pendakian ke Bukit Datok




Pagi itu aku terjaga pada pukul 6.20 pagi. Sedikit terlewat daripada kebiasaanku. Mungkin kerana tidur lewat pada malam sebelumnya, menonton rancangan akhir Maharajalawak Mega 2012. Terasa liat untuk bangkit dari peraduan menuju ke kamar mandi. Setelah termangu beberapa ratus saat, aku berjaya jua mencapai tuala dan membersihkan diri. Tanggungjawabku sebagai seorang muslim ditunaikan sebelum fajar menyingsing. Sempat juga aku kejutkan teman sekatilku untuk bangkit menunaikan tanggungjawab itu. Alhamdulillah. Anak-anak pula masih lena dibuai mimpi.

Di dapur, dua keping roti Gardenia diambil untuk mengalas perut. Sambil mengunyah, timeline Twitter diperiksa untuk mengetahui perihal Twitterjaya dan dunia teknologi. Tiada apa yang menarik pagi itu, cuma ada saki baki cerita kejadian paranormal yang berlaku di UiTM Lendu. Entah betul atau tidak cerita-cerita itu. Sebelum keluar dari rumah, aku naik semula untuk memberitahu pemergianku ke MARDI kepada isteriku. Isteriku menghulurkan dan mengucup tanganku.

Jalan yang agak lengang pagi itu memudahkan perjalananku ke MARDI. Aku sampai ke Astaka MARDI iaitu lokasi berkumpul sebelum pendakian pada pukul 7.40 pagi. Melilau mataku mencari rakan kenalan. Masih belum ramai yang sampai pada ketika itu. Foursquare dibuka untuk check-in di tempat itu secara maya. Sengaja aku menyambungkan check-in Foursquare itu kepada Facebook dan Twitter bagi memberitahu rakan kehadiranku di situ. Tidak berapa lama selepas itu, Rashid membalas di Twitter mengatakan dia dalam perjalanan ke situ. Matlamatku tercapai.

Pukul 8 pagi, ramai yang telah hadir. Taklimat ringkas telah diberikan oleh pihak penganjur. Serba sedikit perihal Bukit Datok diceritakan kepada peserta. Nama itu mungkin dipilih sempena dengan nama Ketua Pengarah MARDI yang berpangkat Datuk. Senaman ringkas juga dijalankan bagi mengelakkan ketegangan otot dan meningkatkan semangat untuk mendaki. Bacaan doa turut dilakukan bagi memberkati pendakian kami. Pendakian dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Seramai lebih kurang 45 peserta menyertai pendakian kali ini. Majoriti daripada peserta adalah daripada Pusat Bioteknologi MARDI. Aku seorang sahaja wakil daripada Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI.




Sambil mendaki, peserta berbual-bual dan beramah mesra. Pelbagai cerita dikongsi bersama. Aku menyertai geng-geng larian MARDI iaitu Rashid, Hafiz Aizat dan Hazrul. Nadia Nuramina dan Zaiful  turut bersama kami. Mereka merupakan jurugambar yang biasa mengambil gambar pada aktiviti-aktiviti bebas MARDI. Malang sekali, pada aktiviti kali ini, masing-masing tidak membawa DSLR mereka. Mungkin untuk memudahkan pendakian barangkali. Sepanjang pendakian, kami dapat melihat keindahan flora dan fauna. Pokok-pokok hutan ada yang dilabelkan, mungkin inisiatif daripada pusat tertentu untuk memberi informasi kepada yang mendaki. Denai kecil turut diharungi. Kayu-kayu yang dibina sebagai tempat pemegang memudahkan peserta untuk mendaki di tempat yang curam. Laluan agak licin memandangkan hujan yang turut pada malam sebelumnya.






Terdapat tiga lokasi perhentian sepanjang pendakian kami. Di situlah kami menunggu rakan-rakan peserta lain dan mengambil nafas. Aku tidak melepaskan peluang menangkap gambar-gambar kenangan menggunakan iPhone 5 sepanjang pendakian ini. Ada juga peserta yang gigih membawa DSLR bagi merakam gambar-gambar beresolusi tinggi. Salah seorang daripada mereka adalah adik Fatin Liyana Izzati yang baru kukenali semasa mendaki ke Bukit Broga sebelum ini dan kini menjadi rakan Twitter. Entah dapat atau tidak melihat hasil seni tangkapan gambar beliau.




Kami sampai ke puncak Bukit Datok lebih kurang pada pukul 10 pagi. Di sini kami dapat melihat bandar Serdang, Taman Equine dan keseluruhan MARDI dengan jelas. Terasa sedikit sejuk di puncak tersebut walaupun ianya tidaklah setinggi mana (144 meter). Aku berasa kagum. Tidak kusangka MARDI memiliki tanah seluas ini apatah lagi mempunyai bukit yang begitu cantik. Sesi penggambaran sememangnya tidak dilepaskan oleh para peserta. 








Para peserta dijamu dengan pelbagai juadah pagi seperti nasi lemak bersambal sotong beserta ayam goreng, sandwich, cempedak goreng dan minuman sejuk dan panas. Peralatan memasak dan makanan-makanan ini telah dibawa ke atas menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Buah nadir seperti buah kuning telur dan buah rambai turut disediakan sebagai pencuci mulut (salah konsep ni, patut makan buah dulu. Meleis sungguh).



Setelah puas berada di puncak Bukit Datok, kami memulakan aktiviti penurunan pada pukul 11 pagi. Laluan penurunan lebih mudah memandangkan kami menggunakan laluan yang digunakan oleh kenderaan pacuan empat roda. Ada juga peserta yang menaiki kenderaan tersebut untuk turun dari puncak itu. Mungkin mereka telah letih dan penuh perut barangkali. Sampai sahaja ke Astaka MARDI, kami bersurai dengan kenangan masing-masing. Aku puas dan seronok dengan pendakian ini. Selain dapat membakar kalori (walapun kat puncak membuat carbo loading), aku juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan serta beramah mesra dengan peserta lain. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diadakan dari semasa ke semasa. Tahniah diucapkan kepada pihak KSSM MARDI yang menjadi penganjur kepada pendakian ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Jadi selepas ini, akitiviti KSSM yang akan aku sertai mungkin adalah larian KSSM yang bakal diadakan pada 16 Februari nanti. Jumpa anda semua di sana.


Kredit: Foto Garmin daripada Rashid Mat Rani

[Review] Muzdalfa Fried Chicken B.B.Bangi (MFC)

 

Salam sejahtera semua. Alhamdulillah, pada 27/5/2011 lebih kurang pukul 6pm, aku dan wife berkesempatan untuk makan di sebuah restoran baru di Seri Bangi, Bandar Baru Bangi yang diberi nama Muzdalfa Fried Chicken (MFC). 

Restoran ini menyediakan menu yang unik di mana terdapat set fastfood seperti KFC iaitu ayam goreng dan burger. Selain itu set makanan Itali seperti Pizza juga disediakan dan makanan dari Arab iaitu Nasi Arab.


Aku dan wife membeli set makanan ayam goreng 2 ketul bersama fries, air Pepsi dan roti. Dari segi rasa, mmg masih jauh untuk menandingi KFC mahupun RFC yang terkenal di Kelantan. Harga menu adalah biasa dan affordable. Service di kaunter agak kurang baik kerana dari pengalaman aku tadi, cashier lambat untuk pulangkan duit baki. (manager pulak sebok duk kira duit syiling kat sebelah cashier)


Dari segi setting dalam restoran, mmg menarik di mana di lampu-lampu serta kerusi agak eklusif. Bahagian atas restoran turut disediakan mini playground untuk kanak-kanak. 



Berikut adalah komen dari Foursquare untuk MFC
AmaliNadia A.
Not bad. Cheaper than McD and KFC.

Hazrin H.
Coleslaw tak berapa sedap. Better ambil ayam sahaja


Aidah T.
Nasi mandi dia sedap!


Aidah T.
The 'zee burger' is almost similar to kfc's zinger burger ;).


Azhim B.
I always thought KFC in bangi have slowest services..MFC is worse..aloo mr manager..stop counting the money la..anta ayam customer lagi bagus la..huhh..


mickie firdaus i.
This place really sucks!! The chicken taste like burned charcoal..and dont let me start with the pizza..it didnt deserved to be called a pizza ..just a bunch of chuck of leftover chicken on a goop 
Sudahkah anda makan di Restoran MFC ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.


[Story] Kuala Lumpur International Book Fair 2011 (KLIBF 2011)

Alhamdulillah, pagi tadi aku berkesempatan untuk pergi ke KLIBF 2011 di PWTC bersama isteriku. Kenderaan di parkir di kawasan Hentian Putra dengan kadar RM3 sekali masuk. Kelihatan begitu banyak bas berderet-deret di luar bangunan PWTC.

Orang ramai telah mula membanjiri kawasan PWTC seawal 10.30 pagi. Ada pelajar sekolah dan ada orang dewasa berpakaian pejabat. Dalam hati aku berkata "Tak keja ke diorang nih? Ngular ker?" Terkena batang hidung sendiri. Ekekeke.. Kami menghampiri kaunter pertanyaan dan mengambil peta lokasi pameran. Aras 4 merupakan pameran buku dari publisher antarabangsa, aras 3 publisher tempatan dan aras 2 publisher kecil-kecilan. 

Aras 4 menjadi sasaran kami. Suasana bagaikan di PC Fair. Bahu berlaga bahu, punggung berlaga punggung. Antara booth yang menjadi kunjungan kami adalah Wiley, Cambridge, Mc Graw Hill, Springer dan Pearson. Pelbagai buku ilmiah dijual di booth-booth berkenaan. Pelbagai ragam manuasia dapat disaksikan. Ada yang mengambil puluhan buku, meletakkan di bawah lantai dan kemudiannya meminta promoter mengira harga. Ada yang memilih milih buku dan ada yang duduk di atas lantai sambil membaca buku pilihan mereka. Kami hanya window shopping di sini.


 

Aras 3 menjadi destinasi seterusnya. Pelbagai buku-buku tempatan berada di sini. Ada buku berunsurkan keagamaan dan ada juga berunsur hiburan seperti komik. Kami singgah di booth NB Kara yang menjual buku-buku keluaran Norhayati Berahim, penulis novel-novel cinta kegemaran isteriku. Nasib kami agak baik kerana penulis berkenaan berada di situ dan sudi menandatangani buku yang dibeli serta bergambar dengan isteriku. Walaubagaimanapun booth Karangkraf tidak diletakkan di aras ini sebaliknya berada di aras 2 di dewan yang ditempah khas.


 

    


 

 



Selesai di aras 3, kami turun ke aras 2 dan menuju ke kawasan Karangkraf. Sememangnya Karangkraf begitu besar pamerannya. Pelbagai buku dan majalah keluarannya dijual di sini. Aku mencari buku novelis kegemaranku iaitu Ramlee Awang Murshid (RAM). Sambungan Trilogi Bagaikan Puteri yang bertajuk Sutera Bidadari menjadi pilihanku. Nasibku kurang baik kerana tidak dapat berjumpa dengan beliau. Aku dimaklumkan bahawa RAM akan hadir pada hari Sabtu dan Ahad dan akan melancarkan buku Sutera Bidadari dalam edisi hard cover. Aku pasrah. Setelah membeli buku berkenaan dan buku anak-anak, kami makan tengah hari di The Mall dan pulang pada pukul 2 petang.



Sudahkah anda pergi ke KLIBF 2011 di PWTC? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

[Review] Cafe SweetChat


Alhamdulillah, tengah hari tadi aku dan wife dapat bersama-sama lunch di Cafe SweetChat di Mines yang mana kali ni wife yang belanja (thanks sayang). Kedai tersebut bertentangan dengan sungai di dalam The Mines berdekatan dengan kedai Subway. Bagi aku service kedai sangat ok, makanan yang ditempah juga sedap. Kedai adalah exclusive dan kelihatan bersih. Dari segi harga makanan, ia tidaklah terlalu mahal bagaimanapun ia bukanlah restoran yang boleh aku mampu untuk makan hari-hari.

Aku order set Bake Mac Cheese dan wife order Spaggetti Bolognese + air Ice Lemon Tea. Bil semua adalah berjumlah RM26. Tiada stupid 6% government tax dan hanya ada 10% service tax (standard la tu). Sememangnya aku menggemari set yang aku order dan aku suggest korang try benda ni kalau sampai ke sana nanti.

Bake Mac Cheese

Spaggetti Bolognese

 
Ice lemon tea dan bil kami pada hari ini.

Link Foursquare Cafe SweetChat

Sudahkah anda makan di restoran ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.