Showing posts with label Macbook. Show all posts
Showing posts with label Macbook. Show all posts

[Review] Official Video for Mac OS X Lion & iOS5

Sebagaimana yang semua ketahui, Apple telah melancarkan 3 produk software barunya iaitu Mac OS X Lion, iOS 5 dan iCloud di WWDC di San Francisco US 6/6/2011 . Berikut adalah video official bagi Mac OS X Lion dan iOS 5 (iCloud masih belum dilancarkan)



Dan ini adalah keynote WWDC 2011


Apakah pendapat anda dengan produk baru Apple ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] TeamViewer Pro


TeamViewer adalah sebuah nama yang tidak asing bagi pengguna ICT terutama sekali bagi para downloader. Bagi mereka yang biasa membiarkan komputer di rumah mereka terpasang untuk membiarkan proses muat turun berlaku secara berterusan pasti akan menggunakan aplikasi TeamViewer ini. Secara asasnya, TeamViewer adalah sebuah aplikasi untuk melakukan pengoperasian atau control sesebuah komputer dengan komputer atau device yang lain secara sambungan internet. Kebiasaan yang dilakukan oleh insan yang sudah bekerja plus kaki download adalah menambah file torrent untuk proses download untuk komputer di rumah dengan menggunakan komputer yang berada di pejabat atau sebaliknya. Semuanya dilakukan dari jarak jauh dengan perantaraan aplikasi ini dan sambungan internet. (Boleh juga digunakan untuk on webcam di komputer atau laptop sebagai CCTV).

Kini aplikasi TeamViewer telah dikeluarkan untuk versi iPhone (sebenarnya dah lama keluar, baru nak review). Dengan kata lain, anda boleh access komputer anda yang berada di rumah/pejabat/mana-mana di mana sahaja anda berada dengan iPhone anda. Ia boleh dimuat turun dengan harga USD 99.99 di App Store atau secara percuma di Installous (pilihan di tangan anda). Aplikasi yang sama perlu dimuat turun untuk komputer yang ingin di access samada untuk versi Mac OS X atau pon Windows. Ia boleh dimuat turun di website TeamViewer secara percuma.


Bagi memulakan access, anda hanya perlu memasukkan ID dan password di TeamViewer komputer anda di TeamViewer iPhone. Setelah sambungan berjaya, TeamViewer di iPhone akan memaparkan instruction ringkas untuk panduan anda seperti gambar di bawah. Panduan menerangkan bahawa anda boleh control cursor mouse dengan jari, boleh zoom dengan kaedah pinch dan sebagainya.


Kini anda sudah boleh control PC anda. Anda boleh on kan program download torrent atau berbuat apa sahaja yang anda kehendaki. Paparan di iPhone anda adalah sama seperti paparan di screen PC anda. Wallpaper desktop di PC akan diset kepada minimal (screen hitam) untuk mengurangkan lagging.

Paparan desktop PC di iPhone

Paparan desktop di screen PC Windows 7
On Flashget di PC dengan iPhone (Wow!! 452KB/s tu!!! Ekekeke..)
Paparan sebenar di screen PC 

Anda juga boleh melakukan perkara yang sama untuk control komputer yang menggunakan Mac OS X seperti iMac dan MacBook Pro anda. Berikut adalah screenshot TeamViewer di MacBook Pro dan iPhone

Paparan screen Mac OS X di iPhone

Paparan sebenar di screen MacBook Pro
Sekiranya anda perasan, ada beberapa icon bahagian bawah TeamViewer iPhone. Icon pangkah (X) adalah untuk mematikan sambungan, icon keyboard adalah untuk mengeluarkan keyboard touch yang mana anda boleh menaip di situ. Icon mouse adalah untuk melakukan right click (boleh juga lakukan dgn multigesture 2 jari), icon zoom untuk zoom in n out (boleh lakukan juga secara pinch) dan icon setting untuk ke menu setting.
Button X yang memberi menu untuk penutupan connection

Keyboard
 

Anda boleh save setiap id dan password komputer yang anda ingin sambungkan supaya tidak perlu setiap kali masukkan perkara tersebut. Komputer pilihan boleh diberi alias untuk memudahkan anda mengingati komputer yang ingin dihubungi.


Sudahkah anda menggunakan aplikasi TeamViewer Pro for iPhone ini? Apakah pendapat anda dengan aplikasi ini? Kongsikan segalanya di bawah.

[Review] Dropbox


Dropbox adalah satu aplikasi yang membolehkan anda menyimpan data di internet dan memudahkan anda untuk access maklumat tersebut di mana sahaja. Dropbox memberikan space sebanyak 2GB secara percuma kepada pengguna dan sekiranya pengguna ingin mendapat space yang lebih, terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan mengikut keperluan pengguna. Dengan kata lain, Dropbox bertindak seperti pendrive yang boleh di access di mana sahaja dengan sambungan internet.

bagi menggunakan aplikasi ini, pengguna perlu mendaftar akaun di Dropbox. Seterusnya, pengguna akan install aplikasi ini di PC/Laptop. Dropbox akan memaparkan folder di PC/Laptop pengguna dan pengguna boleh drop atau memasukkan apa sahaja file yang dikehendaki.

Dropbox juga boleh di install di smartphone seperti iPhone. Segala file yang terdapat di Dropbox yang telah dimasukkan data di PC/Laptop akan boleh juga di access di iPhone pengguna dan begitu juga sebaliknya. Pengguna juga boleh menggeluarkan link untuk setiap file atau folder yang di share untuk memberi link ini kepada rakan bagi membolehkan mereka access atau download file berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya file yang mahu dihantar agak besar dan tidak boleh diattach di emel, pengguna hanya perlu memberikan link file berkenaan di emel tersebut untuk di access oleh penerima. Berikut adalah beberapa screenshot berkenaan aplikasi Dropbox di Macbook Pro dan iPhone. Selamat mencuba.








Sudahkah anda menggunakan aplikasi Dropbox ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

[Review] Tuxera NTFS - Write di Drive Format NTFS Bagi Pengguna Mac OSX

Bagi pengguna Mac OSX adalah tidak menjadi masalah untuk memindah atau memadamkan file di USB drive / external drive yang berformat FAT/FAT32. Akan tetapi sekiranya drive external tersebut dalam format NTFS, pengguna Mac OSX hanya boleh buka atau read file tersebut sahaja tanpa boleh rewrite di drive tersebut. 


Bagi mengatasi masalah ini, pengguna boleh install aplikasi yang diberi nama Tuxera NTFS. Setelah install aplikasi ini, pengguna boleh delete, edit file di hard disk berformat NTFS seperti biasa.



Ni LINK utk download.

Sudahkah anda menggunakan aplikasi Tuxera NTFS ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] Angry Birds Rio


Kali ni nak review berkenaan dengan Angry Birds Rio (ABR). Tidak seperti Angry Birds biasa yang ingin membunuh babi-babi hijau yang curi telur mereka, ABR memberi scenario di mana mereka semua telah ditangkap oleh helang yang menginginkan ganjaran bounty. Mereka telah diculik dan di bawah kesebuah gudang di Rio De Janeiro. Di situlah mereka berjaya membebaskan diri dan ingin membebaskan burung-burung lain yang turut diculik. Video berikut adalah trailer berkaitan dengan ABR (must watch, very cute).


Konsep game adalah sama di mana pemain perlu melastik Angry Birds yang diberikan kepada sangkar-sangkar burung lain yang diculik untuk membebaskan mereka. Lagi sikit penggunaan burung yang dilastik dan lagi banyak barang-barang sekeliling yang pecah, maka lagi banyak markah yang akan diperolehi. Pemain perlu peka kepada keadaan sekeliling kerana terdapat beberapa peralatan yang boleh digunakan atau dijatuhkan untuk memberi kuasa binasa yang lebih mantap. 

ABR boleh didonlot melalui App Store dengan harga USD0.99 untuk pengguna iPhone/iPad dan USD4.99 untuk pengguna Mac OSX. Pengguna Mac OSX boleh donlot free di SINI. Ekekeke. Berikut adalah beberapa screenshot ABR for Mac OSX.

 Cerita permulaan games
 Melastik burung pada sangkar
 Anak-anak burung berjaya dibebaskan
Jatuhkan bola besi

Sudahkah anda bermain ABR? Kongsikan pengalaman anda di bawah.