[Story] Makan Besar Bersama


Sudah menjadi tradisi utk RO baru PT mengadakan makan besar bersame pade setiap kali gaji masuk. So semalam (11/07/2008) sampai pulak giliran Nizam utk membelanje kitorang semua. Makan kali ni diadakan pade pertengahan bulan disebabkan xde mase yg sesuai pada akhir bulan yg lalu (xde masalah, nizam anytime boleh, duit beribu ribu dalam bank, xperlu tunggu masuk gaji pon <-- merujuk kepada peristiwa aku ternampak maybank2u kat skrin pc dia mase dia tgh sebok mengira-ngira perbelanjaan. Pandai manage duit mamat ni! Boleh buat calon laki). So, makan kali ini dapat dihadiri oleh semua RO baru PT + my wife kecuali BFF (Best Friend Forever) Nizam atas sebab-sebab yg tidak dapat ditafsirkan. Wife aku mmg dijemput setiap kali makan2 ni di atas dasar perikemanusian sahabat2 lain terhadap kami suami isteri. Pade mulanya lokasi yg dipilih utk aktiviti santapan ini adalah di Laksa Shack/Rendang Opah di Jusco Cheras Selatan tetapi setelah kitorang masuk restoran tersebut (siap dah duduk pon and kombine2 meja) dan melihat menunya, kitorang terpakse menebalkan muke keluar balik dari situ apabile melihat harge hidangan yg mahal tahap hampagas ayam. Sebagai contoh: Nasi Lemak Ayam Rendang Ayam = RM15.90 and Teh tarik = RM4.90. WTF! Akhirnyer KFC juge menjadi pilihan. Makanan yg dipilih adalah family feast combo B (15 ketul ayam + 1 whipped potato large + 1 coleslaw large + 2 french fries besar + 1 botol 7up revive) + extra 1 whipped potato large dan 1 coleslaw (rujuk gambar di bawah).


Sambil makan, gurauan, kutuk mengutuk dan gossip2 opis mmg fenomina yang sentiasa berlaku. Hehe.. Biasa le, itulah salah satu faktor yang merapatkan kitorang semua. Harap2 tradisi ini dapat diteruskan lagi utk mase hadapan. Next makan adalah turn aku dan wife yg inyaallah akan diadakan di rumah kami di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Menu? X decide lagi.

[Story] Ujian Rasa Makanan (Food Sensory Test)

Pada 08/7/08, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI (Pusat PT) telah mengadakan ujian rasa bagi 3 jenis produk usahawan. Ujian ini hanya dijalankan di kalangan staff Pusat PT sahaja dan diadakan di anjung makan PT. 3 jenis produk makanan tersebut adalah sos pencicah popiah, sos rojak dan sos pencicah ikan bakar.


Gambar 1: Bekas atas= Sos rojak, Bwh kiri=Sos Pencicah Ikan Bakar, Bwh Kanan=Sos Popiah

Dalam borang ujian rasa yang disediakan, peserta dikehendaki memberi penilaian markah 1 hingga 9 bagi kategori rasa, kelikatan, warna, kemanisan, kepedasan dan keseluruhan. Markah 1 adalah paling rendah dan 9 adalah paling tinggi. Sebenarnyar ujian ini lebih jitu jika peserta yang menilai dapat membezakan kekurangan setiap rasa seperti kemasinan, kemanisan, kemasaman dan sebagainya (Org mcm aku mmg xleh la sbb semua rasa sedap. hehehe..)

Bagi memeriahkan lagi suasana penilaian, akak2 PA & admin Pusat PT menyediakan nuget goreng, ikan bakar dan popiah untuk dikenakan dengan sos-sos yang ingin dinilai. Hm.. Manelah tak orang-orang kat PT ni gemuk-gemuk belaka.

Gambar 2: Kak Maznah & Hafiz menguji rasa sos terbabit


Gambar 3: Zaiha dan Farah tersipu malu di hadapan makanan. Ujian rasa ke melantak betul ni?

Berita dari http://bacteria82.blogspot.com/

[FoodTech] Jus Minuman Pitaya (sambungan)

sambungan..


Carta alir pemprosesan jus pitaya adalah seperti berikut
Pemprosesan dimulakan dengan pemilihn buah naga. Buah naga mestilah segar dan cukup matang untuk pemprosesan. Buah yang terlalu masak atau busuk jangan digunakan kerana ini akan menambah jumlah kandungan mikroorganisma didalam hasil. Seterusnya, kulit buah naga buang dan buah dipotong menjadi empat untuk memudahkan proses pengekstrakkan kemudian.

Buah yang dipotong dimasukkan ke dalam mesin pencelur selama 5 min pada suhu antara 70-80 darjah celsius. Ini adalah penting kerana pemprosesan minuman buah-buahan memerlukan perlakuan haba untuk memusnahkan segala enzim, yis, kulat dan mikroorganisma yang terdapat di dalam atau di permukaan kulit buah-buahan. Di samping memanjang tempoh penyimpanan perlakuan haba juga dapat mengurangkan jus dari berubah warna menjadi perang semasa proses pengekstrakkan atau mendapatkan jus. Suhu perlakuan haba tidak boleh terlalu tinggi iaitu kurang dari 95 darjah Celsius untuk menjaga kandungan Vitamin dalam buah dan mengelak perubahan rasa buah.
Buah kemudian dimasukkan ke dalam mesin pengekstrak bagi mendapatkan puri buah naga. Bagi mendapatkan puri yang bersih, hasil ekstrak boleh ditapis bagi menapis biji-biji kecil buah naga (optional).

Puri seterusnya dimasukkan ke dalam mesin pembancuhan untuk proses formulasi. Di sini segala bahan bancuhan seperti gula, asid sitrik, sodium benzoate, xanthan gum, cloudy agent dan air dimasukkan sehingga larutan menjadi sebati. Penambahan asid sitrik adalah penting untuk menurun pH. Penurunan pH ini sangat penting dalam mengawal pertumbuhan kulat, yis dan mikroorganisma semasa penyimpanan. Cloudy agen (agen pengeruh) digunakan untuk menjadikan hasil yang lebih menarik.

Proses pempasturan dilakukan di dalam periuk memasak berjaket (double jacketed cooker). Proses ini dilakukan di bawah pemanasan 82-90 darjah celsius selama 15 minit sebelum dibotolkan.

Jus minuman yang telah dipasteur, terus dimasukkan ke dalam botol sehingga penuh dan ditutup dalam keadaan panas. Ini penting untuk mewujudkan ruang vakum pada bahagian atas botol tersebut apabila jus minuman menjadi sejuk. Botol yang telah ditutup dimasukkan ke dalam besen yang mengandungi air yang mengalir untuk proses penyejukan. Botol yang telah sejuk boleh dikeringkan seterusnya dilabelkan.